20140209

The Final Has Come To The End

Lagi 6-7 hari lagi sebelum aku tinggalkan katil kesayangan ni. Aku nak layan tido pepuas sebab aku tahu nanti mesti tak cukup tido punya. 

Bila ada orang tanya, 
macam mana ek ko survive degree ko sedangkan ko sensorang je kat usm tu ek?

Macam mana aku masuk sekolah teknik dulu, macam mana aku masuk asasi palam dulu, macam tu lah. Memang lah best kalau dapat masuk sesama dengan kawan, jeles pun ada. Tapi kemon ah, kau nak duduk zon selesa sampai bila? Memang impian aku nak sambung ijazah kat Jepun, tapi takde rezeki, takde siapa nak sponsor aku tsk tsk. Satu je kau kena pegang, niat. Niat kau untuk study. Study pun satu daripada jihad. Tak kisah lah kau amik bidang apa sekali pun (asalkan releven untuk kerja nanti dan semua orang dapat manfaat dari pekerjaan kau).

Campak lah diri kau kat mana sekali pun, kalau dah memang niat kau suci lagi ikhlas, insyaAllah kau boleh punya berjaya. Aku tahu, asasi aku dulu tak lah gempak mana macam kawan kawan aku yang lain (mostly budak matriks eh), semua result nak hampir 4.0 je. Aku? Aku bersyukur gila kalau dah lepas 3.0 sebab aku tahu betapa susah nya masa asasi dulu, hidup kat alam universiti padahal kau budak asasi je. Ceh konon budak fast track lah ye.

Semua fikir aku ni pandai hmm ye lah kot maybe sebab aku nye spm. Aku bersyukur lah dengan keputusan spm even tak straight tak kisah lah kan. Kira asasi ni zaman kejatuhan aku kahkah. Yelah siapa suruh kau memain, takmo study bebetul? 

Degree ni, ikut universiti aku rasa. Kalau aku ni, budak USM, ramai senior cakap, rajin buat soalan past year, dan jangan asyik dok baca je. Asyik input je, kau nye output cane? Aku siap print soalan past year untuk sem dua ni, bukan nak tunjuk rajin ke apa, aku tak nak lah repeat paper. USM ni bukan senang nak dekan woi. Markah beratus ratus ni plak nak dekan. Aku harapkan lulus je semua dah syukur alhamdulillah (kalau ada rezeki nak lepas 3.0 amin, kalau boleh nak dekan hihi amin).

Aku kira rajin jugak nak pi library dengan basikal ceh. Masuk je memang ramai budak cina, merata tempat. Segan pun ada. Memang rajin lah orang cina ni. Dah dah tu je. Malas nak taip lagi.