20110527

Failure Is How You Learn, Success Is What You Earn

okay, these are my reviews from my mid-term exam. enjoy yourself buddy :D


BAHASA MELAYU
usually paper 1 will ask you to write an essay for about more than 350 words and above. i repeat and above. which means, you have to get ready your lovely hands to get hurt by writing in long distance non-stop. it's not one, but it's two. okay, kalau dulu memang aku suka buat karangan bahasa Melayu but not now. sebab nak kena ayat bombastik lah. aku lagi suka karangan ke arah kebebasan. for the paper 2, lagi macam haram aku jawab. entah ape aku merepek. nasib baik lah part novel boleh jawab dengan baik. alhamdulillah sangat. over all, aku tak target A pun untuk subjek ni. kau akan paham kenape aku cakap camni kalau kau tahu siapa guru BM aku :P

BAHASA INGGERIS
this is the most favorite paper i had answered. for the paper 1, in the section B, yang continuous writing, aku tak cukup masa buat tu padahal dah buat 2 pages. yelah, aku target nak score kat section B sebab ingatkan masa 2 jam something camtu padahal 1 jam 45 minit. memang kelam kabut lah aku buat karangan tu. i do use some words that i have used for this blog. hahaha. after all, recycle is the only way apart from thinking idea kan ? :D paper 2 pulak macam errghhhh siot je yang fill in blank tu. aku tau jawapan tapi tatau nak letak yang mane satu. kang salah letak hilang je markah macam tu. harapan lah nak A macam ni. tapi entah lah aku still sedih sebab tak dapat habiskan continuos writing tu =.=' i'm not hoping for an A this time. aku redha kalau dapat B je.

CHEMISTRY
subjek paling kritikal nak jawab. mase jawab pun macam nak muntah. grrr cakap lah paper 1 atau 2 atau 3 yang mane susah dan senang ? aku akan jawab, susah nak mati. tapi entah susah-susah pun soalannya aku jawab jugak. sebab ade certain question aku tahu jawapan tapi itu pun tak kompen betul ke atau diterima atau pun tidak. tapi tapi aku tak nak lah gagal. please lah, i don't want fail for this subject. kalau dulu waktu form 4, paling kurang aku dapat pun A- memanglah ujian awal-awal dulu kan tanye soalan senang nak paham. ni masuk form 5 terus segala yang tersurat dan tersirat semua keluar. kalau gagal pun, bukan ade ape pun. eheheh cikgu Maziah kan comel orangnnyeee :D still tak nak gagal lah jugak ! habislah pointer aku macam ni. grrr

MATHEMATICS
since kelas mane entah dah dapat jawapan paper 1, so aku pun dengan kelajuan tahap turbo cari paper 1 aku. kat mano pulak aku letak ni. dengan berjumlahkan 9 kesalahan secara mutlak err ye lah kot so aku dapat 31 out of 40. paper 2 tatau lah berapa. tapi ade soalan aku keliru. macam tak tau nak jawab. blur lah senang cakap. A- will be fine for this subject. kau tunggu je trial nanti dengan the real spm, aku bagi A+ ! amin ! tapi kan sangat kelakar sebab dulu mase aku darjah 2, pernah lah gagal matematik ni. dapat 19% je teruk kan ? otak aku bukan otak calculation macam akak aku, Ira. =.='

PENDIDIKAN ISLAM
err hancur je aku jawab paper 1. paper 2 tak payah cakap lah. tu lah padah tak bace awal-awal. emm entah lah. rase-rase C lah kot. sebab paper 2 kan ade tajwid, hafazan, semua tu. aku dah lah tak hafal ayat hafazan semua tu. ade lah sikit-sikit. sikit je kot. tak banyak pun. kalau tajwid kan, ye aku mengaku aku lemah bab ni. serius tak tipu. aku dah try belajar and fahami serta hayati segala jenis mad. kalau nun mati dengan mim mati tu, aku tahu lah. masuk mad, terus blank otak aku. tu pasal kalau nak A, aku kene score paper 1. tu je jalan yang terbaik :P menjawikan lagi lah, erghh  aku dah lah lembap sikit nak menjawikan. kalau merumikan lain cite lah derr. tapi aku cuba sedaye upaya untuk menjawikan semua ayat. ayat mudah memang lah senang nak jawikan. cuba kalau bagi yang mantop. emmm memang tak reti =.=' tapi apa boleh buat, aku ni bukan budak sekolah agama. budak sekolah biasa je yang pegi kelas petang agama untuk khatam Al-Quran. teruk lah aku ni senang cakap. tapi kalau mengaji, tahu pulak cara nak bace. ajaib sungguh.

SEJARAH
cakap sikit berapa markah sejarah kau last exam ? aku ? kau tanye aku ke ? mestilah tak pernah tak dapat A. do you get what i mean ? tu lah, aku pun pelik kenape aku tak dapat gred lain selain A. bukan nak cakap aku bangga atau ape. tapi aku bersyukur lah sebab setiap kali exam, sejarah aku mesti A. kiranya syarat nak masuk universiti dah lepas lah kan ? ye lah sebab tak gagal. paper 1, aku jawab macam biasa je lah. kalau aku tahu, jawab lah. kalau tak tahu, pandai-pandai lah hidup. for the paper 2, aku macam emm gelabah sikit nak jawab. at first, aku macam risau semacam. takut tak boleh jawab. and alhamdulillah dapatlah jawab even jawapan tak berapa nak perfect. otak aku bukan otak menghafal. harap-harap cikgu Belinda murah hati lagi nak bagi aku A. amin

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM
aku buat macam biasa je lah untuk paper 1. jawab yang mane aku tahu dulu. tinggalkan yang tak tahu. pastu cari balik soalan yang tak tahu tu and try ingat ape yang aku dah bace and belajar selame ni. ye lah sebab semua budak awam dah habis silibus. so memang betul-betul macam format SPM. semua bab keluar. and macam siot je, paper trial tahun lepas dijadikan paper 1. so tahniah lah kepada budak-budak yang dapat jawab tanpa ade satu kesalahan eh sebab dah buat kan paper trial tahun lepas. tak tahu lah nak cakap ape kalau tak dapat A. terkejut tak kalau aku cakap aku menangis by looking at the questions in the paper 2 ? yeee aku tak tipu wahai semua makhluk di muka bumi ini. aku menangis. sebab soalan die susah sangat. buka soalan terus macam rase ade something mengalir kat pipi aku. then, i was trying to calm myself as soon as possible so my mind wouldn't be blank as i answered the question. so aku pegilah conteng, "ila, kau boleh buat" and macam-macam lah kat kertas tu and meja so my spirit will enhanced. and yes, praise be to Allah. i managed to answer eventho the answer may not be true. but at least, i'm trying to sort out things than nothing and wasting my time just like that. hopefully, cikgu Zamri boleh bagi at least B. kalau dapat B, memang pecah rekod sebab aku tak akan dapat selain gred A. ehehehe. aku memang suka bagi ayat macam ni. serve you right :P

PHYSICS
the second most critical subject. paper 2 macam shit je oh. cikgu Zainura yang buat =.=' memang tak lah, habis holiday ni, dapat paper dia akan perli kteorang. maaf ye cikgu, kalau saya tak dapat sebaik yang mungkin tapi saya dah cuba yang terbaik untuk jawab soalan yang cikgu buat. paper 3 lagi lah. before exam, cikgu Ajai bagi tips sikit untuk paper 3. then sekali tu betul-betul keluar. ticker tape. nasib baiklah dah bace. kalau tak, tak tahulah nak jawab ape. tapi paper 2 ade lah kira speed of light. macam errr aku terbalik pulak formula die =.=' tapi nak buat macam mane, redha je lah jalan terbaik sekarang. paper 1 macam moderate lah. ade senang, sederhana and susah. insya Allah lepas lah kot tahap gagal. amin. tapi sumpah berpeluh-berpeluh aku jawab paper physics. tapi tak seteruk paper chemistry lah.

ADDITIONAL MATHEMATICS
paper 1, ade soalan indices. i leave it blank cause i didn't know how to do it. i mean, aku tahu, mula-mula tu kena pecahkan then, entah terus blank :P tapi semua soalan aku jawab. lantaklah betul atau tak. yang penting berjawab. well, we can know where is our weakness in this subject thru this. ade orang cakap aku jawab paper 2 rilek je wei. rilek je. ahahaha aku rase macam nak bunuh diri jawab paper 2 tu. dah lah simultanueos tu aku lupe nak cari nilai y =.=' ergghhhh hilang markah cegitu je. nasib baik lah section C boleh jawab. tapi boleh lah jawab paper 2. tak gagal pun dikira hebat tau T____T

LUKISAN KEJURUTERAAN
aku jadi budak jahat. sebab ? kau nak tahu sangat ke ? sangat sangat ke ? okaylah. sebabnye, aku dengar mp3 mase buat LK. jahat tak aku ? tengok kantoi sudah aku bawak mp3 gy hostel :P mula-mula aku jawab yang redraw. then try buat no.2 pulak. tak boleh buat. aku gy no.3 pulak. aduh reduction area ratio. aku dah blank dah. terus aku buat soalan oblik. nasib baiklah aku punya skill kat oblik dengan isometrik. sebab guna imaginary yang tinggi. so aku buat dalam berapa minit. tak lebih 15 minit lah. pastu buat tangent. tersakut kat Rx. okay tinggalkan dulu. lepas tu buat one-point perspective. doa aku dimakbulkan sebab keluar one-point. aku sebenarnye tade lah pandai sangat perspective drawing ni. like i said, i'm not good at LK but my ability is at oblique and isometric and yes the ortographic. dah siap buat one-point, buat auxiliary view. since i'm not good at it so i have to use alternative method which is numbering. with numbering, it ease me to get on my eyes looking how the object will be. after that, try buat no. 2 tu. okay apex angle. buat no. 3 still tak dapat. tinggalkan lagi. sambung buat tangent. dapat gak cari Rx macam orang gile. so last question aku buat yang reduce area ratio tu lah. penat aku memikir. dapat lah buat. lantak lah kalau salah. janji buat. tak suka lah streaming class =.=' saya nak cikgu Zaidy jeeeeeeeeeeee and aku siap awal 15 minit. AHAHAHA