i guess you've been heard or read my last post which mentioned about this one boy who kept on 'kirim salam' at me. let me introduce him as hemo. since his face is way too cute :P cerita dia bermula tahun lepas, the first time i knew him when errrr, tak ingat lah pulak -_-' tapi yg penting aku kenal dia, and dia pun kenal aku. mula-mula Aqil yg cakap kat aku, ada budak kirim salam. before that, masa Hari Anugerah Kokurikulum, Syaz mintak aku tolong aku ambik gambar KRS. so aku perasan gak lah ada sorang budak dok asyik usha aku ni. padahal time tu tudung aku memanglah selekeh gila. yee, aku suka pakai tudung sekolah selekeh okay so no wonder lah aku TERsuka kat selekeh.
then, aku tanya Aqil siapa budak tu. dia cakap alaaa, budak yg kau ambik gamba dia semalam. memang sorang je budak aku ambik gamba. so in detailed, dye cakap pengawas and budak tu siap cakap aku comel. aku rasa kat situ jugak nak gelak tau dak. sebab aku boleh agak siapa budak yg kirim salam tu :P oh time tu, kteorang kat depan bilik SPBT sebab ada hal lah pasal buku-buku teks ni. hari ahad. hari yg Amin pulak cakap kat aku, ada budak kirim salam. padahal hari tu, kelas kteorang buat jamuan and KRS pun buat jamuan. aku order muffin or cupcake err lantaklah name dia apa kat Syaz. so kenelah ambik order tu kat tempat KRS buat jamuan. KRS buat jamuan kat ruai. kteorang sudah tentulah di kelas. kelas paling tinggi sekali tuu. so, bila muffin dah tinggal sikit je. aku suruhlah Amin bagi dia satu cupcake yg lebih ni. aku memang tade kerja agaknya.
lepas tu, ahaha. tak ingat lah. tapi tahun ni, dia setat kirim salam thru budak kelas aku. kejap Segek. pastu Wan. pastu.. hampir semua lah lelaki kelas aku cakap ada orang kirim salam =,=' macam hapeee je. then one day, dia ada masuk kelas aku. dia dengan siapa entah. macam aku kenal semua budak lelaki kat semteg. dia cakap pasal koko. benda skang pasal koko je wei. pastu aisshh, mula lah budak laki kelas aku panggil nama aku. okay guys, untuk pengetahuan korang, budak laki kelas aku, or bukan kelas aku panggil aku, ila. aku macam.. tak pernah-pernah orang lain panggil aku nama tu melainkan dorang family, cousins or yg rapat dengan aku. dulu orang panggil aku, azilah je tau. skemaaaaa kan name tu.
sambung balik. kau tau tak aku duduk dah lah depan sekali, tepi pintu dengan Mimi. suuuumpah gua cakap muka gua dah merah gila rasa macam nak tembak sorang-sorang buat lauk makan malam untuk budak asrama. machaam haremmm. kau pun tau kan aku tak suka benda-benda macam ni. then ada satu malam, kat bilik prep. takde tuisyen malam lagi. Alya cakap kat aku, dia kirim salam and nak cupcake. aku pun emm yelah, baiklah. ade lagi hari, banyaknyee hari kau. balik dari sekolah. tak silap aku, aku antara orang balik awal. Alya came to my dorm and gave me this one sheet of paper. aku pun macam terpinga-pinga lah. kepehalkertasni ? Alya cakap dia yg bagi. then, aku tengoklah kertas tu. ohh rupanye gamba kartunis dia and kat name tag dia, ada nama aku, ila. aku tak tahu nak bagi reaksi macammane. but before dia bagi kertas ni, dia bagi dua keychain. kura-kura. comel gila. saje aku letak kat beg aku. bukan apa. sebab kura-kura tu comel :D
sampailah satu hari. haaha. aku dah cakap banyakkan hari aku ni. after rehat, bila entah. Segek bagi aku satu surat. kecik je. mula-mula, aku ingatkan budak laki saje je nak kenakan aku. disebabkan aku sudah lali menjadi mangsa buli mereka T.T Segek cakap ah dia yg bagi. aku pun tak percayalah. mane tau dorang saje nak kenakan aku. dah tu siap cakap kat aku, suruh baca surat tu cepat. aku lempang gak kang korang ni. then aku suruh Mimi yg baca, aku pun join gak baca. hahaha macam Mimi pula yg dapat surat tu. alaa, tade pape pun yg dia tulis.
kalau setiap kali LK, kena pegi bengkel kat aras elek tapi bangunan lain. and setiap kali time LK, mesti cikgu kesayangan ramai ni, cikgu Zaidy bukak lagu. kadang-kadang lagu english. ade tu bukak lagu english lame. and then ada satu part, Haziq A pegi bukak lagu orang kahwin. dah tu mulalah si Wan dok memerli aku. aku pun entah lah. tatau nak cakap macam mane. sebab aku memang akan nyanyi tak kisahlah lagu apa pun dorang bukak. even lagu lame yg jiwang karat pun aku nyanyi even tak tau lirik. aku layan je.
habis LK je, balik kelas lah kan. otw ke kelas, aku perasan ade budak usha dengan member dia. aku manetau dia usha ape. sampai aku dah naik aras awam pun still usha. apekejadahkorangushaushani ? aku memang tak suka orang pandang aku lame-lame tak kisahlah kau perempuan atau lelaki. aku memang tak suka. sebab aku memang tak suka lah. hemo ni ada kawan rapat. kawan rapat dia ni selalu cakap kat aku pasal dia. even ada sekali tu, mcm nak suruh aku terima hemo. aku tak boleh lah. ingat senang nak terima lelaki ni ? aku ade gak cakap kat hemo, kalau kawan takpe kan. he just say yeahh he's fine with that. sebab aku tak mudah percaya lelaki yg lemparkan kata ini 'iloveyou' kat aku. kalau betul lah, kau berani nak mengaku depan aku sambil melutut ? :P kejam kan aku ni. derr, kisah ape aku.
if you ask me this, do i still have a feelings towards him ? i admit, yes i do. kalau dulu, aku segan gila nak mati lalu depan kelas dia. sekarang, aku berlagak gila lalu depan kelas dia. kalau dulu, aku asyik mengelak dari terserempak dengan dia. sekarang, aku asyik terserempak dengan dia :P ye aku tahu, dia kenal aku and dia tahu yg aku suka kat dia. kau tengok sekarang, dia tak bagi tindak balas lagi. itu maksudnye dia tak suka aku T.T okay kene terima hakikat. entahlah. maybe one day. aku percaya ramai penduduk semteg tidak tahu kewujudan blog ini, so aku berani cerita pasal benda alah ni. lagipun yg tahu pun budak blok aku. so korang dah tahu rahsia besar aku sila senyap okay ? aku panggil org yg suka tu sebagai selekeh sebab dia sesungguhnya selekeh.
