okay aku tatau samada aku patut kah aku label kan sebagai kem atau program atau seminar ataupun err apepe je ? sebab kteorang tidur kat surau. budak perempuan lah. budak laki pula tidur kat dewan. bukan tidur kat khemah. okay, kiranya ni tahun pertama Kem Kepimpinan Pengawas bergabung dengan PRS. selalu nya buat asing-asing. aku rasa macam err haha tak mau cakap lah :> tapi tak sangka pula kem ni berakhir dengan best and happy gila-gila ! kteorang start kem jumaat lepas which means 24, 25 and 26 september. selama tiga hari berturut-turut. petang jumaat tu of course lah started off with introduction and we were handled by students of UIA, Gombak. jiran sebelah kteorang je. the starting was kinda bored and patutnye petang jumaat lah waktu aku sedang nyenyak tidur di atas tilam empuk ku :P then, we had ice breaking. err haha. macam bodoh je. kena buat group ikut warna, negeri and so many on. then baru lah kteorang di agihkan ikut group masing. well, i'm group number 4. there's was me, tenot, aca, ustaz, mus, ayob, nadz, qaqa and amy. so we called our group as nine tail fox. actly, name tu aku yang cadangkan naruto punye cerita tu. jangan cakap korang tatau naruto memang kuno lah aku cakapkan.
dalam group tu aku dengan tenot je yang PRS and the rest is prefect. tapi tu semua tak penting. aku tak rase ape-ape pun either peers or pengawas. rasa macam kau ni seorang manusia normal yang duduk dalam satu kumpulan and kena bekerjasama antara satu sama lain. tugasan pertama, kteorang kena buat trademark, moto and logo for the group. and what's more we are the first group to present that things at the night. and soo many thing we did and totally fun ! pastu kena buat pasal idola. at first, nak buat pasal dr.mahathir but we changed. we decide to choose cikgu zamri as our idol. well, cikgu zamri ni ketua warden and guru cemerlang bidang teknikal, cikgu permainan tennis and yang paling best dia ni suka tangkap gambar orang. sumpah aku tak pernah jumpa cikgu macam dia dalam hidup aku ! kalau waktu subuh je mesti kamera ada kat tangan nak ambik gamba orang tengah tidur and then tunjuk kat slideshow kat surau masa malam sabtu habis lah kena capub satu sekolah :P memang ramai group pilih cikgu zamri. entah aku pun tak tau. eventhough cikgu zamri suka cakap ayat macam nak perli orang bagai nak rak tapi ada pengajaran dan nasihat di sebalik ayat-ayat yang dilemparkan. sebenarnya, cikgu zamri ajar aku PKA and aku dah biasa lah kena perli memerli ni ahha. so far dia ajar memang best gila sampai satu part tu nak pukul kteorang gune batang buluh. tak ke parah namenye tu ?
berbalik semula, pagi sabtu solat subuh same-same kat dewan then bagi mase untuk makan and tukar baju. aku, tenot, zai, qila and ewa merupakan manusia paling lambat menjejakkan kaki ke dewan dan akibatnya kteorang terpakse menari poco-poco kat atas pentas. nak aku ulang ke ? menari-poco-poco-atas-pentas ! korang boleh bayangkan macam mane aku menari poco-poco dengan muke menebal. dengan step yang entah aku pun tak tahu. sumpah aku mane reti menari poco-poco. huh aku peduli ape dengan budak-budak kat bawah tu ! so tanpa segan silunya aku pun menari lah poco-poco ikut yang lain. haha memang kekok lah aku cakap. dah kteorang satu dorm. F2 kan :P memang suke buat kecoh. tugasan kedua, kena bincang pasal malam kebudayaan. entah ape tema pun aku tatau. asyik bertukar je. mula-mula plan nak buat lakonan kot. nak cerita pasal anak derhaka. so common and lame =.=' tugasan ketiga pula, group 4 gabung dengan group 2. fasi bagi part-part kereta. kteorang dapat part stereng. macam-macam lah kteorang letak ape function stereng tu. so there was stereng, enjin, tempat duduk, motor and tayar. memang perdebatan yang sangat sengit mengit. but it was horrible amazing lah ! HAHAA ! dengan spark, bong, iskandar and ermm hafi lagi lah entah ape die merepek pasal teknologi masa depan enjin. patutnye kena buat treasure hunt petang tu but then it was rainy cat and dog and we're just practise for the night. sumpah group aku memang tenang gila. langsung tak buat apa-apa.
malam pun datang, permulaan malam kebudayaan kini sudah tiba haha :D satu group pakai baju sukan except for acha, dye pakai baju kurung. masa saat-saat terakhir praktis, acha cadangkan baik nyanyi je dari berlakon sebab ramai group lain yang buat lakonan and sahlah memang membosankan :P kteorang setuju untuk nyanyi lagu suasana di hari raya dan kau ilhamku. lagipun malam tu judge pun fasi. kteorang yang handle semua itu dan ini masa malam kebudayaan. bravo lah ! oh lupa pula, kteorang diberi barang amanah iaitu wafer dan telur. wafer tu kalau lemau, lembik, patah ke or cacat kena denda ! memang shit gila wei. denda nyanyi lagu negaraku semua vokal 'a', jalan itik satu dewan and macam-macam. experience that will never be forgotten in my life :P okay sambung balik, the first group to present is group 8. err the intro was kinda bored but sometimes err fun kot hahaa entah aku tak tau lah. and bla bla dan group seterus-seterusnya. group aku is the last group to perform that night. memang semua dah nyantuk sebab time tu pun dah pukul 12 lebih. nasib baik lah kteorang menyanyi je. mus mulakan dengan bahasa penang diaq tu. awww dia sangat comel okay ? hahaha. kalau lah dia bace blog aku :P
memang tak sangke group kteorang dapat tepukan gemuruh. haha terharu gila macam nak menangis je :') next morning, semua pengawas dengan peers kena denda sebab lambat datang. but ade lah certain yang datang awal. ustaz, nadz dengan petra. lambat berapa minit je. lagipun tengok lah. dah lah kena beratur nak dapatkan satu toilet untuk mandi. ingat senang ? :P so, denda lah ketuk ketampi. macam tak biasa pulak kan. after that, ade game main telur. lawan antara group. mule-mule bawa telur guna sudu pakai tangan. warm-up je sebenarnye tu. then the real game kena pakai mulut. kau bayangkan camne aku pegang sudu tu gune mulut aku dengan telur die yang agak besar hahaha. group yang telur jatuh kena denda. macam biasa lah. kalau tak pun kena nyanyi. haha apa lah sangat. then, sambung treasure hunt semalam. phuhh. penat nak mati berlari sana sini. last-last kteorang dapat no. 4. haha memang happening and best gile :D pastu ade lah penutup kem ni. macam biasa ucapan, ucapan dan ucapan. ucapan alan lagi panjang berjelar-jelar penat telinga aku ni mendengar :P last sekali, budak laki bodoh je semua. buat persembahan secara spontan. haha but memang happy sangat ! group aku menang no. 2 ! and kteorang juara malam kebudayaan. memang tak sangke langsung sebab the things is kteorang nyanyi je ~
secara rasminya, kem ini sudah habis selama 3 hari. rindu kot nak buat lagi =.=' and watikah perlantikan peers, prefect, pss and ahli koop next monday punya monday. takut lah. kena pakai baju purple. haha. dah lah parents aku tak tau lagi yang aku ni peers. heheee. sorry lah kalau entry ni agak panjang almaklum lah dah lama aku tak buat entry panjang berjelar-jelar macam benang. so apa salahnya sekali sekala kannn ? :D